Paten Wright bersaudara

Permohonon paten 1903 yang ditulis oleh Wright bersaudara sendiri ditolak. Pada awal 1904, mereka mengambil Henry Toulmin, seorang peguam paten dan pada 23 Mei 1906, mereka diberikan paten #821,393 untuk "Mesin Penerbangan". Nyata sekali, paten ini menerangkan sebuah mesin penerbangan yang tidak berkuasa. Kepentingan paten ini terdiri daripada tuntutannya untuk suatu kaedah mengawalkan mesin penerbangan yang baru dan berguna, baik berkuasa mahupun tidak. Teknik peledingan sayap diperihalkan, tetapi paten itu menyatakan dengan ketara bahawa peledingan sayap tidak perlu merupakan kaedah yang tunggul untuk megubahkan sudut bahagian luar sayap-sayap mesin. Konsep mengubahkan sudut dekat hujung sayap dengan apa-apa cara sahaja merupakan perkara yang terpenting dalam paten ini. Perlindungan yang luas yang dimaksudkan oleh kegunaan perkataan-perkataan ini adalah penting dalam kemenangan tuntutan mahkamah pelanggaran paten yang Wright bersaudara mengemukakan terhadap Glen Curtiss dan juruterbang-juruterbang awal yang lain yang menggunakan aileron semasa kedua-dua adik-beradik masih menggunakan sayap peledingan. Paten itu juga menghuraikan kemudi belakang yang tegak dan dapat dikawali serta penggunaannya bersama-sama dengan sayap peledingan untuk mengatasi masalah pelinciran (pergerakan dari kiri ke kanan yang keterlaluan) ketika kapal terbang berpusing. Akhirnya, paten itu juga menghujahkan mesin pengangkat depan yang digunakan untuk naik dan turun.